Thursday, May 22, 2014

Rumah Asap Bukit Fraser


Rumah Asap Bukit Fraser

Kami menuju ke Rumah Asap setelah bersiar-siar di Taman Awam Bukit Fraser.

Rumah Asap Bukit Fraser

Nama sebenar Rumah Asap ialah Smokehouse. Walaupun bernama Rumah Asap tetapi tidak nampak asap keluar dari rumah itu.

Rumah Asap Bukit Fraser

Setahu saya, Rumah Asap dibina pada zaman jajahan British dan terperlihara hingga sekarang. Rumah Asap merupakan tempat orang British menginap ketika bercuti di Bukit Fraser pada masa dahulu.

Rumah Asap Bukit Fraser

Kini Rumah Asap telah dijadikan hotel yang menyediakan penginapan kepada pelancong yang melawat Bukit Fraser. Disamping penginapan, Rumah Asap juga membekal makanan dan minuman yang tersendiri kepada pelangan.

Rumah Asap Bukit Fraser

Rumah Asap dibina mengikut seni bina bangunan yang didapati di desa England. Oleh sebab itu, bermalam di Rumah Asap seperti bercuti di desa England yang dingin dan tenang. Sekiranya anda berada di Bukit Fraser, jangan terlepas peluang untuk mengalami keistimewaan Rumah Asap.

Set Teh Timah

Set teh ini dibuat daripada timah bukan untuk menghidangkan minuman tetapi dipamirkan di ruang menikmati minuman di Rumah Asap.

Selain set teh timah ini, banyak lagi barang antik dibuat daripada tembaga dipaparkan. Antaranya termasuk lampu, seterika, bekas mengisi air dan alat membancuh minuman.


Rumah Asap Bukit Fraser

Gambar ini menunjukkan senario di ruang rehat Rumah Asap. Susun atur ruang rehat ini menyerupai ruang tamu rumah di England.

Terutamanya pendiang itu dapat menggambarkan kemesraan sekeluarga bersembang di ruang tamu pada musim sejuk. Perabut dan gambar dalam gambar juga berunsur nostalgia.


Taman Mini Rumah Asap

Terdapat sebuah taman mini di luar Rumah Asap. Anda boleh mengambil angin dalam taman mini pada waktu pagi dan senja.

Sambil menghirup udara segar dan mendengar bayu dingin Bukit Fraser menyanyi, anda boleh mengamati perbagai spesies burung berkicau di sekitar taman mini tersebut.


Lebah Madu

Dalam taman mini Rumah Asap ada banyak pokok bunga daisi yang berwarna-warni. Seekor lebah madu yang rajin sedang sibuk mengumpul madu dan debunga di atas sekuntum bunga daisi berwarna kuning.

Saya tidak miliki kanta zoom kamera dan teknik menangkap foto yang baik. Jika tidak saya boleh mengambil gambar lebah madu ini dengan kesan lebih canggih.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Medan Selera Bukit Fraser
Malam Pesona Bukit Fraser
Jalan Sehala Ke Bukit Fraser
Resort Silver Park Bukit Fraser

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.