Saturday, April 5, 2014

Kenangan Manis Di Perth

Lapangan Terbang Perth

Insiden pesawat MH 370 mengingatkan saya bercuti bersama keluarga di Perth Australia Barat.

Perth

Kami terbang ke Perth pada hujung tahun 2002 dan bersukaria di sana selama tujuh hari lima malam.

Anggur

Dusun anggur ialah salah satu destinasi perjalanan kami. Anggur hijau tergantung dalam gugusan di pohon anggur.

Koala

Koala yang sedang mengantuk ini ialah haiwan kegemaran pelawat Taman Hidupan Liar Caversham. Taman Hidupan Liar Caversham terletak di Lord Street Perth Western Barat.

Gunting Bulu Biri-biri

Dari Taman Hidupan Liar Caversham, kami beralih ke sebuah ladang. Kami singgah semalam di ladang tersebut dan berpeluang melihat penternak menunjukkan cara menggunting bulu biri-biri.

Angsa Hitam

Angsa hitam ini sedang menikmati berenang di Tasik Monger. Ingat berkunjung ke Tasik Monger ketika anda melancong di Perth. Terdapat pelbagai burung di Tasik Monger termasuk angsa hitam.

Burung Nuri

Selain melihat burung di Tasik Monger, anda juga boleh memberi makanan dan bergambar dengan burung nuri. Burung nuri akan hinggap di tapak tangan anda untuk makan bijirin yang anda sediakan.

Kings Park Perth

Ini gambar Taman Kings Perth di Western Australia. Taman Kings ialah sebuah taman botanikal yang berada di bahagian barat Perth. Dari Taman Kings anda berpeluang menghayati pemandangan pesona Sungai Swan.

Fremantle

Kanak-kanak amat gembira memberi makanan kepada burung cemar di taman Fremantle.

Jarak antara Perth dan Fremantle tidak jauh hanya 19 km. Fremantle yang didapati di muara Sungai Swan ialah pelabuhan utama Australia Barat.


Pelabuhan Kapal Hillarys

Sejauh 20 minit memandu dari Perth, Pelabuhan Kapal Hillarys yang sungguh indah ialah permata Australia Barat.

Pelabuhan Kapal Hillarys menghadapi Lautan India yang luas dan dalam. Program melihat ikan paus tersedia dari September hingga Disember.


Perth

Kami bersempatan menyaksikan perarakan Natal di Perth.

Sebelum perarakan bermula, kami membeli-belah di Murray Street Mall dan Hay Street Mall pada petang itu. Pelancong dan penduduk Perth bersama-sama berpesta dengan meriah mulai 7:00 pada malam itu.


Gurun Pinnacles

Foto ini menampilkan destinasi terkenal Australia Barat iaitu Gurun Pinnacles.

Berdasarkan panduan maklumat pelancong yang saya ada, Gurun Pinnacles lebih kurang 254 km dari Perth. Sekiranya anda ingin mengalami Gurun Pinnacles, anda harus ada masa sehari untuk memandu pergi dan balik.


Pasir Gelongsor

Salah satu aktiviti yang menarik sewaktu melawat Gurun Pinnacles adalah bermain pasir gelongsor. Jangan terlepas peluang bermain pasir gelongsor di Gurun Pinnacles.

Anda boleh cuba gaya gelongsor yang berlainan. Cara yang paling mudah adalah duduk di atas papan gelongsor dan gelongsor ke bawah cerun.


Lautan India

Menurut pengumuman Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bahawa Lautan India Selatan ialah lokasi pesawat MH 370 berakhir.

Gambar Lautan India Selatan ini diambil pada masa selepas kunjungan kami ke Gurun Pinnacles. Air Lautan India Selatan sungguh biru dan tiupan angin sungguh kencang.

Sebagai mengakhiri post ini, saya berdoa semoga pesawat MH 370 dapat dicari secepat mungkin.

Post Berkaitan
Penulis Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.