Kami beralih ke Kubu Armourial setelah melawat Gerbang St Paul.
Kubu Armourial terletak di atas bukit yang berhampiran dengan Gerbang St Paul.
Ini merupakan tanda jalan yang menunjukkan arah ke Muzium Macau dan Kubu Armourial.
Terdapat beberapa orang pelancong sedang mengambil gambar di kaki bukit Kubu Armourial.
Patung Matteo Ricci yang menegak di kaki bukit. Matteo Ricci ialah seorang paderi Itali yang berdakwah di Cina.
Mujurnya tangga batu tersedia untuk pengunjung. Jika tidak kami tidak ingin mendaki ke atas bukit Kubu Armourial.
Sebuah kedai minuman yang berniaga di Kubu Armourial. Pelbagai minuman sejuk dan panas disediakan untuk pelangan yang dahaga.
Satu lagi lokasi untuk mengambil foto di Kubu Armourial. Mengambil gambar telah menjadi tabiat orang yang gemar melancong.
Foto ini diambil dari Kubu Armourial. Bahagian atas bangunan yang unik dan berwarna kuning itu ialah Hotel Grand Lisboa Macau.
Gambar ini diambil dari sudut yang lain dari Kubu Armourial. Bangunan-bangunan yang tidak tinggi sangat itu ialah bangunan lama yang didapati di Macau.
Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong
Rua Do Tarrafeiro Macau
Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
Hotel Sofitel Ponte 16
Penulis Blog Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong
Rua Do Tarrafeiro Macau
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.