Saturday, December 7, 2013

Macau Rua Do Tarrafeiro

Rua Do Tarafeiro

Kami berjalan sepanjang Rua Do Tarrafeiro ke Gerbang St Paul ketika bercuti di Macau.

Shell

Sebelum belok ke Rua Do Tarafeiro, kami melalui tempat meletak kereta yang terletak di sebelah Hotel Sofiel Ponte 16.

Rua Do Tarafeiro

Rua Do Tarrafeiro terlalu sempit. Kenderaan melalu-lalang dengan laju. Nasib baik terdapat laluan pejalan kaki di dua belah jalan.

Rua Do Tarafeiro

Kedai Buah-buahan Kao Lei berada di sudut jalan. Walaupun ruang kedai tersebut tidak luas tetapi penuh dengan pelbagai buah-buahan segar.

Rua Do Tarafeiro

Kedai Cake dan Roti Mcdona bertentangan dengan Kedai Buah-buahan Kao Lei. Nama kedai itu merupakan cantuman nama artis Madonna dan restoran makanan segera McDonald.

Rua Do Tarafeiro

Mula hujan renyai-renyai semasa kami tiba di depan Taman Luis De Camoes. Pejalan kaki berpayung dan melintas jalan raya tergesa-gesa. Seorang wanita mendukung budak sambil memegang payung yang tercetak "City of Dream".

Rua Do Tarafeiro

Di hujung Rua Do Tarrafeiro ada simpang tiga. Di tengah simpang tiga itu didapati sebuah air pancut. Pusing ke kiri dari air pancut akan menuju ke Rua De Coelho Do Amaral dan beralih ke kanan akan tiba ke Gerbang St Paul dalam jangka masa 5 minit.

Ia cuma mengambil 15 hingga 20 minit dengan berjalan lambat dari Hotel Sofiel Ponte 16 ke Gerbang St Paul. Sudah lama jarang bersenam. Tidak menyangka terpaksa berjalan kaki ke sana sini sewaktu melancong. Mujurlah sendi dan tulang kaki kami masih kuat.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
915 Pilihanraya Macau
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.