Thursday, February 14, 2013

Pasar Malam Filipina KK

Pasar Malam Filipina

Pasar Malam Filipina merupakan destinasi yang pelancong tidak akan terlepas ketika berada di KK, Sabah.

Cuba meneka apa bungkusan itu?

Sama ada digantung atau disusun teratur, semua bungkusan itu ialah hasil marin khas Sabah. Produk itu termasuk gamat, ikan bilis, ikan masin, rumpai laut dan kekapis kering.


Rumpai Laut

Apakah benda ini?

Rumpai laut yang digelar sebagai sarang burung laut, mengandungi protein, mineral, vitamin dan kolagen.

Kolagen boleh mencegah penuaan kulit. Oleh sebab itu kaum wanita amat tertarik dengan kolagen. Selain itu, kolagen juga boleh menguatkan regangan sendi.

Rendam secekak rumpai laut semalam dan memasak dengan periuk kecil selama 30 minit. Mengikut kegemaran masing-masing bercampur dengan madu, medlar, gula batu, susu soya, jus lemon dan kurma merah. Sekiranya anda suka rasa kopi, anda boleh buat puding kopi dan kek kopi chiffon.


Pasar Malam Filipina

Jika anda gemar makanan laut secara membakar, anda harus menjejak kaki ke Pasar Malam Filipina. Pelbagai makanan laut segar untuk anda memilih. Yang penting makanan warung sesuai dengan selera anda.

Pasar Malam Filipina terletak antara Pasar Sentral dan Pusat Handicraft di jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah. Kalau anda ingin menikmati makanan laut atau membeli rumpai laut, anda harus jalan-jalan di sekitaran Pasar Malam Filipina.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Hotel Eden 54 Kota Kinabalu
Jalan Gaya Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Infor Pelancongan KK
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.