Sunday, February 3, 2013

Malam Myongdong Masih Muda

Myeongdong

Kami keluar dari Sejong Inn dan menuju ke Myeongdong selepas mandi air panas. Malam Myeongdong masih muda, kami berjalan di bawah lampu-lampu neon berwarna-warni.

Terletak di Junggu, Myeongdong sentiasa kerumunan pengunjung sepajang tahun. Myeongdong merupakan salah satu kawasan tersibuk di Seoul, Korea Selatan.


Migliore

Terdapat banyak pusat beli-belah mega di Myeongdong. Migliore sebuah pusat beli-belah tujuh tingkat di 1-gil Chungmuro. Barangan berfesyen terbaru yang memenuhi cita rasa generasi muda boleh didapati di Migliore.

Penjual wanita yang muda dan cantik, mempromosi produk di luar kedai dengan senyuman manis.


Gerai Baju

Harga pakaian gerai tepi jalan tidak mahal dan banyak pilihan. Memilih dengan teliti, tentu ada pakaian yang anda suka. Membeli beberapa helai untuk anda sebagai ganjaran.

Cenderamata

Sekiranya anda gemar mengumpul cenderamata, anda pasti berminat dengan tertarik oleh pelbagai cenderamata tergantung di rak. Membeli beberapa untuk simpanan sendiri atau menghadiahi rakan-rakan.

Hanjeungmak

Penat berjalan-jalan, bersantai di pusat hanjeungmak supaya dapat pulih dari keletihan. Apa itu hanjeungmak? Klik post ini untuk mengetahui jawapan.

Ketika berada di Seoul, ingat singgah di Myeongdong. Sama ada ambil angin atau beli-belah pun boleh. Anda boleh pergi ke Myeongdong dengan menaiki subway laluan 4 dan turun di Stesen Myeongdong. Keluar dari pintu 5 atau 6, anda telah sampai ke destinasi.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Misteri Gaya Gangnam PSY
Memeluk Gadis Remaja Korea
Bibimbap Well-Being Rice Gafe
Pertunjukan Nanta Myeongdong
Pulau Terapung Taman Hangang

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.