Sunday, December 30, 2012

Perkampungan Nelayan Volendam Belanda

Volendam

Perkampungan nelayan yang indah pesona, Volendam terletak di timur laut di ibu kota Belanda, Amsterdam.

Selepas meninggalkan Zaanse Schans, kami menuju ke Volendam dengan bas persiaran yang di pandu oleh Peter. Berhampiran dengan North Sea, Volendam sekitar dua puluh minit jarak memandu dari Amsterdam.


Volendam

Volendam sebelumnya merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil. Baru-baru ini, Volendam telah menjadi sebuah tarikan pelancong yang popular di Belanda Utara. Jumlah penduduk Volendam sebanyak dua puluh ribu orang. Kebanyakan penduduk terlibat dalam pekerjaan perikanan dan industri pelancongan.

Setakat kini, Volendam masih mengekalkan ciri-ciri perkampungan nelayan. Penghuni bandar dari Amsterdam membanjiri Volendan pada masa cuti dan hunjung minggu. Jalan-jalan yang sempit di Volendam penuh sesak dengan pelawat dari seluruh dunia.

Pergi ke Volendam tidak menjadi masalah. Terdapat beberapa pilihan untuk berkunjung ke Volendam.

Cara yang paling senang adalah menempah perjalanan sehari dengan syarikat pelancongan di Amsterdam. Memandu kereta ke Volendam agak mudah. Banyak tempat meletak kereta boleh didapati di Volendam. Anda juga boleh menaiki bas dari Amsterdam Central Station ke Volendam.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.