Wednesday, December 5, 2012

Muzium Dan Pusat Kraft Zaanse Schans

Muzium Roti

Apabila melalui muzium roti, pelancong akan berhenti dan mengambil gambar untuk kenangan manis.

Terdapat beberapa muzium di Zaanse Schans. Antara muzium itu termasuk muzium jam, Muzium Zaans, muzium kedai runcit dan muzium bir dengan bilik merasa.


Pusat Kraft

Saense Lelie dipindah dari Westzaan ke Zaans Schans pada tahun 1973. Berperanan sebagai pusat kraf dan lukisan. Saense Lelie mempamerkan pelbagai kraft dan lukisan tempatan.

Demonstrasi meniup kaca dan membuat tembikai biru delft oleh tukang mahir diadakan pada setiap hari.


Kedai Foto

Ini merupakan foto sebuah kedai foto di dalam Zaanse Schans. Jurufoto akan mengambil foto untuk anda.

Di samping menyediakan perkhidmatan potografi, kedai foto ini juga menjual cenderamata seperti beg, topi, poskad, kasut kayu, rantai kunci dan model kincir angin.


Gerai Foto

Sebelum meninggalkan Zaanse Schans, anda akan lalu sebuah gerai foto. Semua foto yang telah diambil oleh krew foto akan dipamirkan di situ.

Jangan bimbang anda tidak akan dipaksa untuk membeli foto. Anda boleh membeli foto sekiranya anda ingin.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kasut Kayu Gergasi Zaanse Schans
Berlepas Ke Eropah Bersama MAS
Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam
Menjelajah Eropah Dengan Bas Persiaran

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.