Thursday, December 20, 2012

Bangunan Pelancongan KK Sabah

Bangunan Pelancongan Sabah

Terletak di Jalan Gaya KK , Bangunan Pelancongan KK Sabah dijadikan Pusat Informasi Pelancongan Sabah sejak 1991.

Berjalan kaki tidak melebihi 5 minit dari Hotel Eden 54, anda akan nampak Bangunan Pelancongan KK Sabah yang berwarna putih seperti salji. Hotel 63 KK berada di bertentangan Bangunan Pelancongan KK Sabah di seberang jalan.

Staf Pusat Informasi Pelancongan Sabah mesra dan sanggup membantu. Mereka akan cuba seboleh-bolehnya menjawab pertanyaan anda. Sila singgah di Pusat Informasi Pelancongan Sabah untuk mendapat maklumat pelancongan.


Bangunan Pelancongan Sabah

Terdapat pelbagai risalah pelancongan termasuk risalah dalam Bahasa Korea. Pasti ramai pelancong Korea berkunjung ke Sabah.

Pusat Informasi Pelancongan Sabah dibuka 7 hari seminggu.

Isnin hingga Jumaat: 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Sabtu, Ahad dan Cuti Am: 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Tel: +6088-212121
Fax: +6088-212075, 219311, 222666.
Alamat: 51 Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ini Kali-Lah Angin Perubahan Sabah
Lapangan Terbang Antarabangsa KK

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.