Saturday, October 13, 2012

Pertemuan Di Kota Kinabalu Sabah Malaysia Timur

Sifar Km

Kota Kinabalu atau "KK" merupakan ibu negeri "Tanah di bawah Bayu", Sabah di Malaysia Timur. Kota ini dahulunya dikenali sebagai Jesselton dan dalam Bahasa Malaysia ialah Api.

Terletak di Pantai Barat Sabah menghadap Laut China Selatan, Kota Kinabalu adalah benar-benar satu destinasi pesona dengan gunung-ganang, pantai cerah dan laut jernih untuk anda terokai.

Anak saya kembali dari Suwon, Korea Selatan pada Pesta Tanglung. Saya dan isteri menyertai dia ke Kota Kinabalu selama 3 hari 2 malam. Ketika di Kota Kinabalu, kami sibuk bersiar-siar di sekitar kota untuk memburu makanan tempatan yang enak.

Pesawat berlepas dari Sepang Air Asia LCCT pada waktu pagi, 2 Oktober. Kami tiba di KKIA terminal 2 pada 1:30 petang. Selepas membeli tiket taxi di kounter teksi lapangan terbang, kami menuju ke Hotel Eden 54 di Jalan Gaya.


Farmer's Hut

Kami sungguh lapar dan keluar untuk makan setelah mendaftar masuk hotel. Demi menyelesaikan bantahan perut, kami masuk Farmer's Hut yang bertentangan Jesselton Point untuk makan tengahari.

Anak saya memesan sepingan nasi daging lembu. Saya dan isteri berkongsi sepingan Nasi Goreng Farmer's Hut. Oleh kerana terlalu lapar, saya terlupa mengambil gambar dan habiskan nasi goreng itu hingga pingan menjadi lincin-licau.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bersantai Di Pekan Sekinchan
Pekan Sungai Lembing Pahang
Pekan Udang Karang Sungai Rengit

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.