Thursday, September 13, 2012

Bersantai Di Pekan Sekinchan Selangor

Sekinchan

Pada perayaan berkembar iaitu Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, saya dan isteri pergi ke Sekinchan untuk menikmati makanan laut yang enak.

Saya masih sibuk meskipun telah lama pencen. Di samping menaip artikel blog sebagai urusan harian, saya perlu melakukan kerja tambahan untuk menyara hidup selepas bersara. Itulah sebabnya saya menyiapkan artikel ini selepas melawat Sekinchan setahun dulu.

Sekinchan terletak di selatan Daerah Sabak Bernam di bahagian utara Selangor. Pekan ini terkenal dengan industri perikanan dan pengeluaran padi. Pemandangan sawah padi dan pelabuhan perikanan Sekinchan sungguh menawan.

Kini, Sekinchan berjaya menjadi lokasi popular untuk penggambaran filem dan drama televisyen.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kolej New Era Kajang Selangor
Kenangan Di SJKC Yu Hua Kajang

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.