Sunday, June 17, 2012

Gerimis Malam Suwon Korea Selatan

Suwon

Musim bunga mengunjungi Suwon di Korea Selatan pada April. Hujan musim bunga renyai-renyai sepanjang siang dan malam. Angin dingin bertiup tidak berhenti-hentinya. Saya sangka musim sejuk masih melepak di sekitar Suwon.

Terletak di selatan Seoul, Suwon berjarak 44 km dari Seoul. Terdapat beberapa pilihan untuk bertolak ke Suwon dari Seoul. Anda boleh menaiki bas, teksi atau kereta api. Masa perjalanan dari Seoul ke Suwon lebih kurang 50 minit.

Pemain Liga Perdana UK, Park Ji-Sung dilahirkan dan membesar di Suwon. Sebatang jalan di Suwon dinamakan sempena Park Ji-Sung pada 2005. Suwon juga merupakan pangkalan pengeluaran, penyelidikan dan pusat pembangunan syarikat elektronik gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics.

Suwon ada banyak tempat bersejarah dan pemandangan indah termasuk Seoho, Paldalmun, Hwahongmun, Suwon Hyanggyo, Hwaseong Fortress, Suwon Folk Village, Hwaseong Haenggung and Stadium Piala Dunia Suwon. Hwaseong telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kami singgah di Suwon selama dua malam. Selepas itu, kami beralih ke Seoul untuk melihat bunga Sakura di Taman Hangang Yeouido.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Pusat Maklumat Pelancong Seoul
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Impian Jutawan Menjadi Kenyataan
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.