Thursday, March 22, 2012

Gerun Warna Barisan Nasional Semakin Teruk


Semenjak Tsunami Politik 308, pemerintah Malaysia yang diterajui oleh UMNO telah dijangkiti penyakit ketakutan warna.

Pertama sekali, setelah kematian misteri Teoh Beng Hock yang berasal dari Alor Gajah, Barisan Nasional mulai amat takut warna hitam. Semasa perhimpunan raksasa 709 pilihan raya bersih di Kuala Lumpur pada 2011, Polis Diraja Malaysia memberkas ramai rakyat Malaysia yang memakai baju kuning. Kini, ombak hijau yang menakjubkan melanda seluruh Malaysia. Persengketaan yang disebabkan oleh baju hijau semakin berleluasa.

Februari 26, melebihi tiga puluh ribu rakyat Malaysia yang berbaju hijau berkumpul untuk menentang Lynas Australia membina sebuah kilang penapisan nadir bumi di Kuantan. Tidak berapa lama dulu, Perdana Menteri Najib Razak merasmikan majlis pecah tanah SJKC Sungai Long di Selangor. Sekumpulan ahli dan penyokong DAP yang juga berbaju hijau dihalau oleh Polis Diraja Malaysia ketika mereka menghadiri majlis tersebut.

Kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah Malaysia selama bertahun-tahun dan seolah-olah sakit tenat. Sentiasa gugup tentang kebimbangan khayal, mungkin ini adalah tanda lenyap Barisan Nasional.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Jeet Kune Do Politik Dr Hew Kuan Yau
Penyelewengan Peruntukan SJKC Kung Yu
Kak Tunda Kereta MCA Malaysia Jessie Ooi


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.