Monday, July 18, 2011

Akuarium Coex Seoul Korea Selatan

Akuarium Coex

Dibuka pada tahun 2000, Akuarium Coex terletak di Pusat Beli-belah Coex di Gangnamgu, Seoul. Akuarium Coex memberi pengalaman istimewa kepada pengunjung berkaitan kehidupan dalam air.

Akuarium Coex

Sekitar 40,000 makhluk laut didapati di Akuarium Coex. Sebagai akuarium terbesar di Korea Selatan, Akuarium Coex bukan sahaja sebuah taman tema laut tetapi juga sebuah bilik darjah yang sempurna untuk pembelajaran hidupan laut.

Akuarium Coex membuka 365 hari setahun. Masa melawat adalah dari pukul 10 pagi hingga pukul 8 malam. Pukul 7 malam merupakan kemasukan terakhir iaitu sejam sebelum Akuarium Coex ditutup. Bayaran masuk ke Akuarium Coex ialah 11,000 Won untuk kanak-kanak, 14,500 Won untuk remaja dan 17,500 Won untuk dewasa.

Berhubung dengan pengangkutan ke Akuarium Coex, anda boleh membaca artikle yang saya menulis tentang Pusat Beli-belah Coex.

Artikel Berkaitan
Plaza Lotte Young Seoul
Restoran Mini Phildong Seoul
Pusat Beli-belah Migliore Seoul


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.