Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan terletak di barat kota Incheon. Lapangan terbang tersebut dibina di tanah tebusguna di antara Pulau Yongyu dan Pulau Yeongjong. Sekitar sejam memandu dari ibu negara Korea Selatan, kota Seoul ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Berdasarkan laporan Airport Council International Geneva Switzerland, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon telah dianugerah "Dalam Golongan Anugerah Perkhidmatan Terbaik" 6 tahun berturut-turut dari 2005 hingga 2010.
Reka bentuk seni bina Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon betul-betul unik. Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sepunuhnya mencerminkan semangat ketabahan orang Korea Selatan. Selain "Dalam Golongan Anugerah Perkhidmatan Terbaik", Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon juga disenaraikan sebagai "Lapangan Terbang Terbaik Sedunia".
Kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon merupakan salah satu lapangan terbang yang amat sibuk dalam kategori bilangan penumpang. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon telah berjaya mengeratkan perhubungan Korea Selatan dengan seluruh dunia. Pada masa yang sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon juga memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Korea Selatan. Itulah sebabnya, rakyat Korea Selatan bangga terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Artikle Berkaitan
Everland Theme Park Korea Selatan
Winter Sonata Pulau Nami Korea Selatan
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan
Artikle Berkaitan
Everland Theme Park Korea Selatan
Winter Sonata Pulau Nami Korea Selatan
Terbang Bersama Air Asia Ke Korea Selatan
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.