Pilihan raya kecil N27 Merlimau telah membekal perlantar bagi PAS dan masyarakat Cina berinteraksi. Akibatnya, orang Cina berpeluang memahami Agama Islam secara lebih mendalam.
Sejak bekas Adun Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia, PAS serta merta berkempen dengan aktif di Merlimau. Pemimpin Pas dari pusat berturut-turut datang ke Merlimau untuk memberi ucapan politik.
Selepas lebih dari sebulan mendengar dan memerhati dengan teliti, peminpin PAS nyata mesra rakyat. Mereka tidak seperti mana yang didakwa oleh presiden MCA Chua Soi Lek dan kroninya yang berniat jahat. Terbuktilah Chua Soi Lek begitu takut PAS berhubung rapat dengan komuniti Cina!
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz, Menteri Besar Perak pilihan rakyat Mohammad Nizar dan Ahli Parlimen Shah Alam Pas Khalid Samad merupakan contoh-contoh khas. Mereka tidak mencium kris bertujuan menakutkan rakyat. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga tidak menghantar rakyat yang tidak bersalah ke penjara tanpa dibicara.
Rakyat Malaysia harus kemas kini pemikiran dan menyesuaikan diri dengan arus perubahan sedunia. Marilah bersama-sama memilih kerajaan yang mesra rakyat dan membungkus kerajaan yang rasuah!
Artikel Berkaitan
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia
Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk
Artikel Berkaitan
Pengaruh Anwar Masih Kuat Dan Kukuh
Muhyiddin Tidak Patut Mengugut Rakyat Malaysia
Nurul Izzah Membidas Kerajaan BN Sudah Nyanyuk
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.