Sunday, April 4, 2010

Ma Ci Berserbuk Kacang Merah Korea Selatan

Ma Ci Korea SelatanMa ci ialah makanan tradisional orang Cina. Orang Cina yang berumur serupa dengan saya mungkin pernah makan ma ci.

Saya telah cuba ma ci yang berlumuran dengan cencangan kacang tanah semasa budak. Selepas makan ma ci, jerawat akan tumbuh di seluruh muka. Itulah sebabnya saya tidak suka makan ma ci walaupun rasanya enak.

Ma Ci Korea Selatan
Ma ci yang saya makan pada masa kecil tidak berinti tetapi ma ci Korea Selatan berinti kacang hijau. Bahan-bahan membuat ma ci Korea Selatan termasuk beras pulut, kacang hijau dan kacang merah.

Membalut kacang hijau dengan beras pulut dan kukus hingga masak. Setelah dikukus, letak ma ci ke dalam dulang mengandungi serbuk kacang merah dan kacau dengan betul-betul.

Berdasarkan maklumat anak saya, Orang Korea Selatan memberi ma ci kepada rakan sekerja dan jiran ketika mereka dinaik pangkat atau pindah ke rumah baru. Mereka berharap dapat merapatkan hubungan dengan rakan sejawat dan tetangg. Ini sama dengan orang Cina makan nian gao pada Tahun Baru Lunar.

Pautan Berkaitan
Pai Keju Korea Selatan
Teh Hijau Korea Selatan

Teh Ginseng Korea Selatan


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.