Friday, March 26, 2010

Pai Keju Korea Selatan

Pai Keju Korea Selatan
Semasa anak saya pulang dari Seoul, dia membeli sebagasi cenderamata dan makanan ringgan Korea Selatan. Pai keju yang terpapar di atas merupakan salah satu makanan ringgan yang dia beli.

Pai Keju Korea Selatan
Pai keju ini sungguh lazat. Bahagian luar ialah lapisan kek yang lembut. Inti pai ialah keju yang harum dan manis.

Pai Coklat Korea Selatan
Ini satu contoh pai yang berlainan. Rasa dan pembungkusannya berbeza dengan pai keju.

Pai Coklat Korea Selatan
Lapisan luar pai ini disaluti dengan coklat dan inti pai diisi dengan krim marshmallow. Pai coklat ini tidak selembut seperti pai keju tetapi mempunyai rasa coklat yang manis.

Pautan Berkaitan
Teh Hijau Korea Selatan
Teh Ginseng Korea Selatan
Pati Ginseng Korea Selatan

3 comments:

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.