Monday, October 19, 2009

Musim Luruh Korea Selatan

Musim Luruh
Korea Selatan merupakan sebuah negara beriklim sederhana dan mempunyai empat musim dalam setahun. Musim Bunga dan Musim Luruh bercuaca sederhana, Musim Panas bercuaca panas dan berhujan, Musim Sejuk bersuhu rendah dan sejuk.

Musim Luruh
"Ka eul" (가을) ialah Bahasa Korea dan bermaksud Musim Luruh. Musim Luruh Korea Selatan bermula dari bulan September hingga November. Suhu pada Musim Luruh di antara 10°C hingga 20°C. Mengunjungi Korea Selatan pada bulan Oktober paling sesuai untuk menikmati keindahan pemandangan Musim Luruh.

Pemandangan bukit-bukau di Korea Selatan pada Musim Luruh sama seperti lukisan semula jadi. Tumbuhan-tumbuhan di bawah langit biru menjadi berwarna-warni. Daun semak-samun kemerahan dan daun pohon tinggi kekuningan. Seluruh bukit dan lembah diliputi pelbagai warna. Hati para pelancong terpikat oleh keindahan pemandangan yang mengagumkan.

Musim Luruh
Korea Selatan kini adalah dalam Musim Luruh. Sekiranya anda suka bayu bertiup pada Musim Luruh, terbanglah ke Korea Selatan sekarang dan kembali dengan kenangan manis Musim Luruh.

9 comments:

  1. huhuhu seronok la ...tapi nak kesana.. tak mampu lagi... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. posting yg ekkren sob
    ksh tau yga kalo ada yg abbaru

    ReplyDelete
  3. indahnya negeri Korea , kapan ya saya bisa kesana ? nice story :)

    ReplyDelete
  4. lawanya korea

    kalau ada rezeki insyaAllah sapa jugak sano nati

    ReplyDelete
  5. nice pictures!
    i was at korea in 2003.. long time ago.. =)

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  6. hehehhe pengen juga kesana ke negara empat musim,seumur2 belum pernah megang salju ni wkwkkwkw

    ReplyDelete
  7. sy skarang ngah survey tuk pegi ke korea..but sy ni xtahan sejuk..bila waktu yg sesuai tuk sy ke sana..klu hujung bulan 5,musim apa erk?

    ReplyDelete
  8. Yuyul:
    Berhubung dengan waktu yang sesuai untuk ke Korea Selatan, sila rujuk artikel ini: Imformasi Melancong di Korea Selatan
    Musim panas bermula pada bulan 6, bermakna musim bunga tamat pada bulan 5.

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.