Sekolah rendah di Malaysia menyambut Hari Kanak-Kanak secara meriah pada bulan Oktober setiap tahun. Murid-murid merayakan hari yang istimewa ini dengan gembira bersama guru-guru dan ibu bapa.
Pihak pentakbir sekolah dan guru-guru bermula sibuk berbincang dan merancang perayaan Hari Kanak-kanak pada awal bulan Oktober. Murid-murid pula menunggu ketibaan Hari Kanak-Kanak dengan ghairah
Hari Kanak-Kanak merupakan suatu pesta paling penting di Malaysia. Murid-murid perempuan memakai dengan secantik-cantiknya dan murid-murid lelaki kelihatan segak dan tampan pada hari itu. Mereka berasa amat riang gembira sepanjang Hari Kanak-Kanak
Perayaan Hari Kanak-Kanak akan tutup tirai setelah persembahan pentas yang menarik itu tamat. Setiap murid pulang ke rumah dengan sebungkus hadiah Hari Kanak-Kanak. Suasana sekolah yang riuh rendah itu akan pulih seperti biasa.
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.