Saya melawat Singapura bersama isteri pada bulan Mei. Kami menginap di sebuah hotel di Waterloo, Singapura. Hotel tersebut ialah Hotel South East Asia.
Lokasi Hotel South East Asia amat unggul kerana berada di pusat bandar Singapura. Cara untuk pergi ke Hotel South East Asia mudah sahaja. Sama ada boleh menaiki bas, taxi atau MRT. Stesen MRT Bugis hanya beberapa minit jarak berjalan ke Hotel South East Asia.
Terdapat banyak pusat membeli-belah dan tempat tarik pelancong berhampiran dengan Hotel South East Asia. Bazar Bugis dan Bujis Junction yang paling digemari pelancong tidak jauh dari Hotel South East Asia.
Bangunan di sebelah Hotel South East Asia ialah Tokong Guan Yin (Goddess Of Mercy) yang terkenal di Singapura. Tokong Guan Yin dibanjiri penganut Guan Yin tiap-tiap hari
Colok, bunga segar dan buah-buahan untuk sembahyang boleh dibeli dari gerai-gerai di sekitar kawasan depan Tokong Guan Yin. Suasana di sana sentiasa riuh rendah teruatma pada waktu pagi.
Colok, bunga segar dan buah-buahan untuk sembahyang boleh dibeli dari gerai-gerai di sekitar kawasan depan Tokong Guan Yin. Suasana di sana sentiasa riuh rendah teruatma pada waktu pagi.
No comments:
Post a Comment
Maklum balas anda adalah dialu-alukan.